Tuesday, April 5, 2011

Ronaldo dan Bale kembali untuk menghadapi Bernabéu







Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan / result Real Madrid VS Tottenham Hotspur Live Suku Akhir Champion League 2010/2011 (6 April 2011) ini kan.


Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Santiago Bernebeu ini akan menyaksikan kembalinya bekas pemain Real Madrid,  Rafael van Der Vaart ke stadium keramat skuad Galaticos itu.






Selain Van Der Vaart yang pasti mencuri perhatian, tumpuan pastinya terhadap pertembungan 2 'lipas kudung' iaitu Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang menjadi nadi kedua-dua pasukan. 




Untuk rekod, Real memiliki rekod lebih gah dengan 9 kali muncul juara Piala Eropah, manakala Tottenham hanya sekali mara ke separuh akhir kejohanan itu pada 1962.


Jurulatih Real, Jose Mourinho pernah mengalahkan Harry Redknapp dalam 5 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris ketika Redknapp membimbing Portsmouth dan Southampton manakala Mourinho bersama Chelsea. 



Ini ialah kesebelasan utama kedua-dua pasukan :- 





Nampaknya pemain Real Madrid banyak yang mendapat kad kuning dalam perlawanan dahulu. Mereka perlu bermain secara bersih supaya dapat mengelakkan dari mendapat kad kuning kedua. 


Jangan lupa saksikan perlawanan Real madrid VS Tottenham Hotspur live di Astro ESPN saluran 812 6 April 2011 jam 2.40 am manakala Inter Milan VS Schalke di Astro Star Sports saluran 813.



0 semburan: