Wednesday, April 6, 2011

chelsea vs manshitt.



Dilarang membuang kulit pisang merata-rata. Sesiapa didapati dilihat memakan, menyimpan, memiliki, mengedar atau membuat bunyi PISANG sekitar Stamford Bridge malam ini akan ditangkap.

Tuesday, April 5, 2011

Ronaldo dan Bale kembali untuk menghadapi Bernabéu







Pasti ramai yang tertunggu-tunggu keputusan / result Real Madrid VS Tottenham Hotspur Live Suku Akhir Champion League 2010/2011 (6 April 2011) ini kan.


Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Santiago Bernebeu ini akan menyaksikan kembalinya bekas pemain Real Madrid,  Rafael van Der Vaart ke stadium keramat skuad Galaticos itu.






Selain Van Der Vaart yang pasti mencuri perhatian, tumpuan pastinya terhadap pertembungan 2 'lipas kudung' iaitu Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale yang menjadi nadi kedua-dua pasukan. 




Untuk rekod, Real memiliki rekod lebih gah dengan 9 kali muncul juara Piala Eropah, manakala Tottenham hanya sekali mara ke separuh akhir kejohanan itu pada 1962.


Jurulatih Real, Jose Mourinho pernah mengalahkan Harry Redknapp dalam 5 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris ketika Redknapp membimbing Portsmouth dan Southampton manakala Mourinho bersama Chelsea. 



Ini ialah kesebelasan utama kedua-dua pasukan :- 





Nampaknya pemain Real Madrid banyak yang mendapat kad kuning dalam perlawanan dahulu. Mereka perlu bermain secara bersih supaya dapat mengelakkan dari mendapat kad kuning kedua. 


Jangan lupa saksikan perlawanan Real madrid VS Tottenham Hotspur live di Astro ESPN saluran 812 6 April 2011 jam 2.40 am manakala Inter Milan VS Schalke di Astro Star Sports saluran 813.



FCB - Football Club Bieber!




Tahukah anda Justin Bieber ialah peminat kelab pimpinan Pep Guardiola?










Monday, April 4, 2011

Gol Sepak Gunting Safee Sali Semalam

Cayalah bro...

Torres gagal menyumbakant gol. Begitu juga dengan Jemaine Defoe serta Robbie Van Persie. Ini tidak mengapa kerana Harimau Malaya kita, Safee Sali berjaya menyekor untuk Pelita Jaya. Gol terkini beliau ini mirip gol Eidur Gudjohnsen ketika menentang Leeds suatu ketika dulu. Hanya Safee Sali dan Eidur mampu melakukan gol sebegini. Pemain lain tak mampu kerana mereka tak cukup kecekapan dan kepandaian untuk melakukannya. Ini bukan mitos. Ini bukan lelucon buatan di pagi isnin. Ini ialah fakta.

Dalam perlawanan liga Indonesia baru-baru ini, Pelita Jaya membenam Persijap Japara 2-0.

Tahukah anda walaupun menang, Pelita Jaya ,masih dalam relegation zone. Sugguhpun begitu form Pelita Jaya adalah antara yang terbaik in the last 5 matches. Kalah 2 dan menang 3. Secara keseluruhan dalam 5 kemunculannya untuk Pelita, Safee sudah menjaringkan 4 gol. Terbaik!



Friday, April 1, 2011

zidane tua-tau keladi.makin tua makin langsi

Sepatutnya ini yang patut dibuatnya pada Materrazi

Zinedine Zidane....... legend. Legend!






Selamat Tinggal Adidas



FA Perancis juga sudah melompat ke syarikat Nike bagi membekalkan mereka jersi kepada pasukanLes Blues. Nampak agak canggung kerana bagi aku jersey terbaik untuk pasukan Perancis dibuat oleh Adidas. Kalau nampak gambar kemenangan Piala Dunia 1998 pasti korang ingat the exact design of that classic jersey . 3 garis Adidas ditepi lengan yang mengingatkan aku scoreline 3-0keatas Brazil. Seriously aku masih can't get use to the idea yang Perancis dah menjudas kepada Nike juga. Lepas ini kalau Englandpun disponsor Nike aku rasa aku nak givap dari menyokong pasukan antarabangsa.

                     


                    Menurut design brief, jersi baru Perancis mengambil ilham dari baju belang hitam putih yang dipakai oleh Tentera Laut Perancis. Ada sense of tradition dan pride katanya. Ok lah. I mean Perancis pada suatu ketika dahulu mempunyai armada laut keempat terbesar didunia dibelakang England, Jerman dan USA. Mungkin ini cara France untuk mengekalkan imej "we are a big four team internationaly" agaknya.


Tapi bila aku tengok jersi terbaru ini hanya satu benda terlintas didalam kepala
 

Yes. Now the French looks like a team full of CLOWNS. Oh sorry. I think they already are selepas debacle Piala Dunia 2010. Allez Allez Le Mime Misérable?

Monday, March 21, 2011

I introduced David Luiz is a great wall chelsea



Chelsea, macam biasa kerjanya ialah merebut takhta EPL. Beberapa minggu dulu ramai yang mengatakan 'game over' untuk The Blues. Pagi ini, Chelsea masih 9 mata di belakang Manchester United dengan kelebihan satu perlawanan serta 4 mata di belakang tadika Arsenal. Two way race? Make it three.


Manchester City dan Roberto Mancini datang ke Stamford Bridge dengan permainan 'ultrae defensive'? The Blues tenang seperti biasa, apa ada hal? Ini baru dinamakan musuhnya habis binasa.

Nando Torres si Dubuk Albino masih tidak menjaringkan gol seperti biasa. Tapi macam kata King Carlo (dan dia memang layak digelar King kerana berketurunan raja-raja Rom dulu kala) tugas seorang 'striker' tidak semestinya menjaringkan gol semata-mata. Niat Chelsea membeli Dubuk Albino dari Liverpool bukan kerana dia banyak menjaringkan gol di This Is A Field (Baichung Bhutia juga banyak menjaringkan gol untuk Mohun Bagan tapi itu tidak bermakna dia setaraf dengan The Drog) tetapi lebih bertujuan untuk menjual jersi dan sebagai hiasan menarik di tengah padang. Apa ada hal?



Sekadar gambar hiasan


Apabila Nando Torres, Salomon Kalou, Florent Malouda, Nicolas Anelka dan juga The Drog tidak mampu menjaringkan gol akan sentiasa ada pemain The Blues lain yang boleh menjalankan tugas tersebut tanpa was-was. Dan antaranya ialah dari seorang 'centre back' yang kehebatannya boleh membuatkan Rio Ferdinand juga akan tersipu-sipu tunduk malu merenung tanah.

Memperkenalkan, David Luiz the Lion.

Semalam mungkin hari jadi buat Nando Torres tapi seperti biasa David Luiz membuktikan kenapa beliau adalah antara pemain pertahanan EPL terbaik musim ini. David Silva dan Edin Dzeko langsung tidak dapat cari makan dengan adanya mamat rambut meggi ini di benteng pertahanan Chelsea. Dan seperti biasa David Luiz bukan saja boleh menghalang pihak musuh dari menjaringkan gol, tapi turut mencetak gol buat Chelsea di saat pemain penyerang yang lain mati pucuk.



Untuk GBP21 juta dari Benfica, apa ada hal?

Tidak cukup dengan gol pertama, gol kedua Chelsea juga datang dari pemain senegara dengan David Luiz, Ramires Santos do Nascimento. Dengan susuk tubuh seorang pelari marathon Ethiopia, Ramires tenang menggelecek 2 perthanan lawan untuk menyumbat gol kedua The Blues dan menamatkan sisa-sisa perjuangan Manchester City.



Untuk GBP18 juta juga dari Benfica, apa ada hal?

Apa yang pasti, Top 3 dalam tangan tetapi lumrah sang singa yang buas tidak pernah berpuas hati dengan apa yang mereka ada, tak percaya tanya John Terry dan Ashley Cole. Siapa-siapa yang minat Manchester United dan Arsenal, sudah boleh buat kiraan matematik berapa mata yang boleh dipungut untuk baki perlawanan EPL. Untuk selamat pastikan ianya lebih dari 80.